PENGENALAN PRODUK BEDAK SEJUK

Apa itu bedak sejuk?
  • Bedak sejuk adalah sejenis bahan yang berbentuk bulat-bulat halus berwarna putih, mudah larut apabila dicampur dengan air.


Bedak sejuk diperbuat dari apa?
  • Bedak sejuk dibuat dengan menggunakan bahan semulajadi seperti beras atau beras pulut.


Proses penghasilan?
  • Untuk menghasilkan bedak sejuk yang berkualiti beras atau beras pulut yang digunakan haruslah yang elok. Sekiranya beras tidak elok contohnya seperti beras lama, berlapuk dan berkutu maka hasilnya kurang memuaskan.
  • Beras yang ingin digunakan harus dibasuh hingga bersih dan direndam didalam bekas selama beberapa minggu untuk melembutkannya. (semasa proses ini beras itu harus ditukar air untuk menjaga kualitinya.
  • Setelah cukup masa beras tersebut dibasuh dan dimesin hingga hancur dan melalui proses pemeraman sekali lagi untuk mengeluarkan air yang kotor.
  • Kemudian dikeringkan dan barulah melalui proses pembuatan. Saya masih lagi menggunakan cara buatan tangan. Biarpun kuantiti yang dihasilkan tidak banyak namun saya lebih mementingkan kualiti.



Bahan campuran lain?
  • Antara bahan campuran lain yang saya campurkan setelah selesai proses pembuatan adalah daun pandan, daun pandan digunakan ketika proses pengeringan (dijemur dibawah terik matahari supaya bedak sejuk betul-betul kering).
  • Kadangkala sekiranya terdapat permintaan pelanggan yang meminta supaya ditambah dengan bauan bunga. Saya akan menambah bunga melur atau cempaka kuning. Bunga hanya ditambah sekiranya ada permintaaan kerana rata-rata pembeli lebih gemarkan bedak sejuk asli tanpa ditambah apa-apa bahan lain. Tiada bahan pewangi lain ditambah sepanjang proses penghasilan.
Pandan Wangi

Bunga Melur

Cempaka Kuning

0 ulasan: