LAWATAN PROJEK USAHAWAN PPIK ALMA 0 ulasan

BEDAK SEJUK TRADISIONAL

Pada 18hb Mac 2009, wakil dari Warisan Global Sdn.Bhd telahpun sudi datang untuk melawat projek keusahawan yang telah dijalankan oleh PPIK ALMA, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Antara yang hadir pada pagi itu ialah Ketua Pengawal Negeri En.Bakhir Bin Harun, Penyelia PDSI Alma Puan Faridah Binti Alias, Saudara Fauzul, Cik Anisah dan Cik Emi. Cik Hasimah selaku tuan rumah serta Penyelia-penyelia PPIK yang sudi hadir menghulurkan bantuan dan memeriahkan suasana.

Pada jam 10.00pagi majlis dimulakan dengan kata-kata aluan dari Cik Hasimah selaku pengerusi majlis pada pagi itu. Seterusnya diikuti dengan sepatah dua ucapan dari Pengawal negeri iaitu En Bakhir. Kemudian disusuli dengan penerangan slide dan pembentangan projek usahawan iaitu Bedak Sejuk Tradisional.

Setelah selesai diikuti pula dengan sessi soal jawab mengenai projek tersebut. Diakhirnya wakil Warisan Global Saudara Fauzul memberi penerangan mengenai Warisan Global. Sebagai penutup Cik Hasimah, En Bakhir dan wakil dari Warisan Global memberi sepatah dua ucapan.

Biarpun majlis tersebut diadakan secara ringkas namun apa yang penting adalah pandangan komen dan sebagainya dapat diterima dengan jelas. Ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis tersebut.









Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat bertemu kembali diucapkan. Jika sebelum ini dengan tajuk pengenalan kepada produk bedak sejuk tradisional. Kini kembali dengan maklumat terbaru berkaitan dengan kebaikkan herba semulajadi.

  1. Untuk pengetahuan anda, bedak sejuk yang dikeluarkan oleh Puan Sahariah tidak menggunakan sebarang bahan terlarang.
  2. Hanya bahan semulajadi seperti daun pandan, bunga melur, bunga cempaka dan air mawar yang ditambah.
  3. Kali ini coretan saya mengenai khasiat semulajadi tumbuhan tersebut.


PANDAN WANGI @ PANDANUS ODURUS




  • Pandan wangi juga dikenali sebagai panda bau atau pandan rampai adalah dari jenis tanaman bersifat saka. Tumbuhan dari keluarga Pandanaceae ini adalah sekeluarga dengan pokok mengkuang.
  • Pokok pandan wangi adalah tanaman yang mudah tumbuh dan dipelihara. Tanaman yang dipercayai berasal dari Bangka, Indonesia ini telah tersebar luas di kawasan tropika Asia Tenggara. Walaupun sudah berabad lama tanaman ini berada dinegara kita, kebanyakan tanamanya masih terdapat dikebun dapur. Kawasan tanaman secara komersial amat terhad.
  • Pandan wangi tumbuh berumpun dan mempunyai daun yang panjang dan meruncing dihujung seperti pedang. Tanaman ini tidak pernah berbunga. Terdapat dua jenis pandan wangi iaitu pandan wangi besar dan pandan wangi kecil. Ketinggian pertumbuhannya lebih kurang 0.75-1.50m. Ukuran panjang daun antara 55-75cm dan lebar di bahagian tengah antara 4-5cm. Manakala ketinggian pandan wangi besar pula adalah antara 3.7-4.3m, panjang daun lebih kurang 2.3-9.0cm lebar.


KHASIAT DAN KEGUNAAN DAUN PANDAN

  • Pandan wangi mempunyai berbagai kegunaan dalam penyediaan makanan tradisional terutama dikalangan masyarakat melayu. Ia digunakan sebagai pewarna, pewangi serta peransang selera. Kini ekstraknya telah digunakan oleh beberapa syarikat pengeluar roti, kek, biskut dan kuih muih sebagai pewarna dan perisa asli pandan.
  • Disamping itu, terdapat juga produk seperti minuman kacang soya dan santan kelapa yang berperisa pandan dipasaran. Pandan wangi juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan.
  • Bagi kegunaan perubatan pula antaranya adalah untuk merawat penyakit demam campak dan juga berkesan mengubati gonorea, sifilis, denggi dan anaemia.


BUNGA MELUR @ JASMINUM SAMBAC



  • Bunga melur atau nama saintifiknya jasminum sambac terdiri dari pelbagai jenis namun yang paling biasa dijumpai di negara kita adalah 3 jenis utama iaitu duke of tuscany, maid of orlean dan star jasmin. Maid of orlean dan duke of tuscany dikenali sebagai melur susun. Di negara kita bezanya duke of tuscany mempunyai lapisan yang lebih banyak saiz dan bentuknya menyerupai ros mini, tetapi baunya tidak sekuat maid of orlean dan bunga melur selapis yang biasa.
  • Tumbuhan ini memerlukan cahaya matahari yang cukup untuk tumbesaran dan pembungaan. Medium yang sesuai adalah dari jenis kompos dan mempunyai pengaliran yang baik. Tumbuhan ini membiak secara keratan batang. Untuk menyemai keratan batang agak tua direndam kedalam air suam dan ditanam kedalam tanah. Pastikan airnya mencukupi untuk pertumbuhan akarnya. Tunas baru akan muncul lebih kurang 6 minggu.
  • Bunganya berbau sangat harum dan mekar sepanjang tahun. Ketinggian yang paling sesuai untuk bunga melur adalah 800m dari aras laut, namun di Malaysia ia mampu hidup disemua jenis kawasan.

KHASIAT DAN KEGUNAAN BUNGA MELUR

  • Bunga melur banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat India. Untuk sakit mata ambil segenggam daunnya tumbuk halus dicampurkan dengan sedikit bedak sejuk ditampal pada dahi. Ulangi proses sehingga sembuh.
  • Untuk mengubat bengkak gigitan lebah, segenggam bunganya diramas hingga hancur ditambah sedikit bedak sejuk bersama air ditampal pada bahagian sengatan.
  • Untuk demam dan sakit kepala segegenggam daun dan bunganya diramas dalam air gunakan air tersebut untuk membasahkan dahi.


BUNGA MELUR ANTARA RAMUAN MEMBUAT MINYAK WANGI

  • Bunga melur atau melati adalah tanaman bunga hias yang banyak kegunaanya terutama dalam pembuatan minyak wangi. Di Itali, melati casablanca (Jasmine Officinalle) yang disebut Spanish Jasmine ditanam pada 1692 untuk dijadikan parfum. Pada 1665 bunga melati putih (J sambac) pala diperkenalkan oleh Duke Casimo de'Meici di England. Pada 1919 pula, ditemukan melati J parkeri di kawasan barat laut India. Di Indonesia, nama melur dikenali sebagai menuh oleh masyarakat Bali, meulu atau meulu Cina (Acheh), menyuru (Banda), melur (Gayo dan Batak Karo), manduru (Menado), mundu (Bima dan SUmbawa) dan manyora (Timor) dan malete (Madura).
  • Di antara 200 jenis melur yang telah diidentifikasi ahli botani, hanya sembilan jenis melati yang diketahui dan daripada jumlah itu lapan jenis melati berpotensi dijadikan tanaman hiasan.
  • Keistimewaan : Bahan membuat minyak wangi, kosmetik, farmasi, penghias rangkaian bunga dan bahan campuran mengharumkan teh.