LAWATAN PROJEK USAHAWAN PPIK ALMA 0 ulasan

BEDAK SEJUK TRADISIONAL

Pada 18hb Mac 2009, wakil dari Warisan Global Sdn.Bhd telahpun sudi datang untuk melawat projek keusahawan yang telah dijalankan oleh PPIK ALMA, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Antara yang hadir pada pagi itu ialah Ketua Pengawal Negeri En.Bakhir Bin Harun, Penyelia PDSI Alma Puan Faridah Binti Alias, Saudara Fauzul, Cik Anisah dan Cik Emi. Cik Hasimah selaku tuan rumah serta Penyelia-penyelia PPIK yang sudi hadir menghulurkan bantuan dan memeriahkan suasana.

Pada jam 10.00pagi majlis dimulakan dengan kata-kata aluan dari Cik Hasimah selaku pengerusi majlis pada pagi itu. Seterusnya diikuti dengan sepatah dua ucapan dari Pengawal negeri iaitu En Bakhir. Kemudian disusuli dengan penerangan slide dan pembentangan projek usahawan iaitu Bedak Sejuk Tradisional.

Setelah selesai diikuti pula dengan sessi soal jawab mengenai projek tersebut. Diakhirnya wakil Warisan Global Saudara Fauzul memberi penerangan mengenai Warisan Global. Sebagai penutup Cik Hasimah, En Bakhir dan wakil dari Warisan Global memberi sepatah dua ucapan.

Biarpun majlis tersebut diadakan secara ringkas namun apa yang penting adalah pandangan komen dan sebagainya dapat diterima dengan jelas. Ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis tersebut.